Thursday, May 31, 2012

Sungai Kecil Seberang Pintasan

Sila ke sini : Sungai Kecil Seberang Pintasan untuk melihat panorama-panorama melalui lensa yang aku ambil. Sebatang sungai kecil dan mungkin alur yang terletak di Kampung Sungai Pintasan/ Teluk Bidara. Aku tidak tahu namanya. Kalu sapa tahu kabo!

Tuesday, May 29, 2012

Novel Kuala Dua

Sekarang aku tengah baca ini-novel Kuala Dua. Satu lagi tulisan karya Ali Jusoh. Aku beli masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC yang lalu di gerai Dewan Bahasa Pustaka. Ada beberapa lagi karya beliau yang aku belikan. Nantikan entri mendatang.



Kenapa aku suka novel karya Ali Jusoh. Kerana Tajuk? Benar. Kerana cerita? Benar. Apalagi. Utamanya aku suka kerana beliau pandai menggunakan sejarah negeri Terengganu dikaitkan dalam karya beliau. Karya beliau merupakan novel fiksyen sejarah, dan ada juga karangan berselit fakta dan mempunyai fakta sejarah. Ada yang menurut cerita lisan rakyat Terengganu. Itu sahaja yang ingin aku katakan. Titik.

Monday, May 28, 2012

Papan Tanda Lama Sempadan Majlis Daerah Dungun

Aku ke Dewan Sivik berdekatan dengan SMKTIZ ( Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah) Dungun waktu April 2012 yang lalu. Pergi bukan untuk main badminton atau apa-apa riadah sukan dalam dewan. Pergi mengunjungi Al-Ikhsan buat jualan murah. Setelah belémbang (selongkar) dan beli apa yang murah dan berkenan di hati, aku beredar pulang tetapi terkejut (betul tak tipu) kerana melihat papan tanda Selamat Datang yang lama yang diletakkan di depan dewan ini. Ini papan tanda lama. Lensa ditumpukan pada papan tanda berbentuk rumag tele tradisional Melayu Terengganu ini. 

Puas aku mengingat dan memikir yang mana aku pernah nampak papan tanda ini dahulu. Akhirnya baru aku ingat bahawa ia dahulu terletak di sempadan antara daerah Dungun dan Marang, antara Rantau Abang dan Jambu Bongkok. 

Kini ia dipindahkan ke dewan ini. Masih utuh aku rasa walau warnanya kian pudar, tapak tiangnya senget tapi dilapikkan supaya berdiri seimbang. Papan tanda lama sebelum Majlis Daerah bertukar kepada Majlis Perbandaran.

Logo lama Masjlis Daerah Dungun.


Bumbung Tele-ikon negeri Terengganu. 


Ukiran kayu. Klasik boh! 


Dinding seperti rumah Melayu Terengganu. Aku rasa namanya teknik ketam kembung. Kalu saloh kabo!


 Selamat Datang weiii! Tulisan jawi yang mahal tuh!


Ikon Piung (penyu) 3 ekor. 


 Perhatikan bahagian antara bawah bumbung dengan atas ukiran, ada bentuk matahari bercahaya. Sama seperti konsep rumah tele.


Bahagian atas. 


Bahagian bawah.



Nampak gayanya pihak Majlis masih sayang papan tanda ini, bagus juga. Kalau boleh baik pulih sedikit. Letak kat Muzium Dungun ke? -sebagai tanda sejarah dan kenangan yang dahulunya ia pernah berada di sempadan antara Dungun dengan Marang menjadi tanda menyambut Selamat Datang ke Dungun.

Sunday, May 27, 2012

Kuala Dungun

Berjaya juga mengambil gambar dari atas jambatan baru, lensa tumpu kepada muka kuala waktu minggu akhir April 2012 yang lalu. Kuala Dungun.


Bot nelayan berlabuh kuala
Arus sungai tenang sekali
Kuala Dungun muara kita
Sungai ini kita sayangi

Saturday, May 26, 2012

TELUK LIPAT KU 2012

Setelah dirempuh gelombang tengkujuh, yang mendebarkan, meluluhkan pasir-pasir teluk ini, kini teluk ini berubah wajah dengan dua tanjung berbatu pemecah ombak dan pasir yang membukit tinggi. Landskap asal Teluk Lipat berubah dari pantai rendah yang landai kini tinggi hingga di hujung birai tebing sungguh tinggi menjunam ke air pantai. Lihatlah gambar-gambar di bawah yang diambil pada minggu akhir April 2012 yang lalu. Setelah Pataku Habih Rebih.


Landskap pantai depan Taman Selera. 


 Bukit Api dari kejauhan.


Tanjung berbatu pemecah ombak yang baharu. Makanya menjadi tumpuan para pemancing yang selama ini banyak tertumpu di pemecah ombak Kuala Dungun dan depan rumah D.O.  


 Jalan yang lama dikambus pasir.


 Tiang Opal dari kejauhan. Tebing telah tinggi. Melompat ke bawah baru bertemu pantai dan air.


 Dari depan Taman Selera. begitu berubah landskap asal Teluk Lipat.


Nah! Pasir yang menimbun tinggi. 


Pemecah ombak. Moga teguh memecah ombak tengkujuh hujung tahun nanti. 


 Pasiran yang ditimbun. Tebing, pantai dan air.


 Jejak-jejak seperti tayar lori,mungkin bloza...? (Bulldozer).


 Maafkan aku. Gambar pasir yang banyak diambil. Sebab apa, sebab aku suka.


Pasir, buih dan air. 


Air, batu dan pemecah ombak.



Adakah pasir-pasir menimbun itu akan dilandaikan menjadi seolah-olah landskap asal. Harap-harap begitu.

Thursday, May 24, 2012

Rumah Tele Nibong Bawah

Aku terkejut dan terpana seketika sewaktu melewati laluan kampung bondaku di Kampung Nibong Bawah menuju ke arah tege Kampung Tanjong Pagar (bukan Tanjong Pagar di Singapura tu!). Aku tidak berhenti di kawasan tepi bukit itu tapi terus ke depan sambil sempat terkejut dengan beberapa binaan yang giat dijalankan. Aku mengambil keputusan untuk mengambil gambar pada hari lain.

Rumah siapakah?

Rumah-rumah ini aku difahamkan milik kenalan sepupuku-mungkin betul agakkan dan pemahaman aku. Sepupu ku yang terer dalam bab hiasan dalaman, arkitek binaan klasik Melayu Terengganu, landskap dan ukir-ukiran.Cumanya aku agak ragu-ragu. Betulkah? Aku terkejut akhirnya wujud binaan Rumah Tele di Dungun ini. Rumah Tele, yang banyak dikumpul di Kampung Mangkuk, Setiu yang dikenali sebagai Terrapuri kini pula ada di Dungun. tahniah kepada pemiliknya kerana pintar memilih tempat iaiti di tepi bukit di hadapan jalan ke Kuala Terengganu (jalan alternatif kampung) malah berhadapan pula dengan Sungai Dungun. Ketika ini aku tidak tahu berapa peratus ia telah siap dibina dan tujuan apakah pemiliknya membinanya? Mungkin homestay? Mungkin rumah rehat hujung minggu, atau jiwanya yang menyukai senibina klasik Melayu Terengganu. Khabarnya pemiliknya orang Pulau Serai? Betulkah? Siapa tahu khabarkan kepada aku.


Dalam pembinaan. Atap singgora tuh! (atap bate orang teranung kate).


Tinggi, bertiang banyak dan bentuk melekung yang mahal tuh! 


Ada 3 buah semuanya. 


Klasik!


Sekali lagi aku ucapkan tahniah dan terima kasih kepada pemiliknya kerana membinanya di Dungun. Tak perlulah aku ke Muzium selalu atau ke Kuala Terengganu untuk melihat hasil seni binaan klasik ini. 

Wednesday, May 23, 2012

Rantau Abang : Pusat Penerangan Penyu

Pulang ke kampung baru-baru ini aku sekeluarga ke sini.




Sila ke sini : Pusat Penerangan Penyu untuk cerita pengalaman aku ke sana.

Tuesday, May 15, 2012

Novel Alor Miang

Koleksi terkini milik aku. Dibeli di Pustaka Sri Intan kedai buku baharu (baharu kerana bukan segenarasi dengan kedai buku Wan Ariffin, Gazanim mahupun Bentalib di Dungun). Karya terbaru dari novelis Terengganu Ali Jusoh. Ada sesiapa ada no telefon atau email Encik Ali Jusoh ini? Aku ingin berbincang dan kalau boleh bertemu dengannya. Ada perkara menarik yang ingin aku bincangkan.

Monday, May 14, 2012

NAGLENG

Bonda aku menambah dan bertanya apa itu NAGLENG? Aku tercengang! Aku tidak tahu apakah maksud istilah itu? Aku geleng kepala. Aku rasa adik-adik aku pun tidak tahu. Tak pernah dengar. Mungkin pernah dengar tapi tak ingat. Entahlah. Rupanya bukan hanya NABASITI yang bunyinya pelik tapi ada lagi perkataan yang lain iaitu NAGLENG. Ia juga menjadi sebutan orang-orang Melayu Terengganu pada masa dahulu kerana mengambil jalan mudah untuk menyebutnya. Tak perlu menggunakan tatabahasa dan sebutan yang betul. Anda tahu apa itu NAGLENG? Ia merupakan satu negara. Satu negara yang akan bermain bola sepak dalam EURO 2012 nanti. Pernah menjadi penjajah di Tanah Melayu. 

NAGLENG ialah ENGLAND.

Thursday, May 3, 2012

Nabasiti

Pulang ke Dungun baru-baru ini aku bertanya kepada bondaku apa itu nabasiti? Aku tidak pernah mendengar istilah ini di kalangan generasi aku sebagai penutur Terengganu. Bondaku menjawab istilah ini telah lama tidak digunakan. Ia dahulu digunakan oleh orang-orang dahulu sahaja-yakni orang tua-tua. Tambah bonda aku lagi, orang-orang sekarang tidak menggunakannya lagi kerana ramai yang telah sekolah pandai dalam menyebut istilah tersebut dengan betul. Orang tua-tua dahulu menyebutnya sebegitu sebagai mengambil sebutan mudah biarpun ia tidak tepat kerana ia kata pinjaman dari bahasa Inggeris.

Apa itu NABASITI? Ia adalah UNIVERSITY.